◉ HEADLINES

Lebih 100 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR sempena Asean

Langkah berkenaan dibuat berikutan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang Sidang Kemuncak Asean berlangsung

1:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta Bekerja Dari Rumah (BDR) dari 23 hingga 29 Okt ini sempena penganjuran Sidang Kemuncak Asean Ke-47.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan langkah berkenaan bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh persidangan berlangsung.

“Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR,” menurut kenyataan KPM itu.

KPM turut memaklumkan pengalaman melaksanakan PdPR dan BDR sewaktu pandemik COVID-19 serta semasa penganjuran Sidang Asean Mei lepas dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara. 

Persidangan kemuncak Asean dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi terbesar setakat ini dengan kehadiran kuasa besar yang berpengaruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump antara yang dijangka hadir selain kemungkinan Presiden China Xi Jinping serta ketua kerajaan negara Asean dan rakan dialog juga akan hadir.

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related