◉ HEADLINES

Polis mohon sambung reman suspek kes tikam pelajar 16 tahun esok

Setakat ini polis sudah merakam keterangan seramai 148 saksi bagi membantu siasatan kes terbabit

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan memohon sambungan reman ke atas suspek kes tikam pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, esok.

Tempoh reman kali pertama selama tujuh hari ke atas suspek yang berusia 14 tahun itu akan berakhir esok.

Menurut Ketua Polis Petaling Jaya, Shamsudin Mamat, permohonan reman itu akan dibuat pada jam 8 pagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Perintah reman suspek akan tamat esok, 21 Oktober dan polis akan memohon sambung reman kedua esok jam 8 pagi.

“Kertas siasatan akan dirujuk kali pertama kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Rabu ini, 22 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan, setakat ini seramai 148 orang sudah dipanggil bagi rakaman percakapan.

Shamsudin sebelum ini memberitahu, antara mereka yang dirakam percakapan ialah pelajar, guru, kakitangan sekolah, kaunselor dan keluarga mangsa serta suspek.

Mangsa, Yap Shing Xuen, ditemui tidak bernyawa di tandas sekolah dalam keadaan berlumuran darah pada 14 Oktober lalu selepas ditikam seorang pelajar lelaki dari kelas peralihan di sekolah yang sama.

Dua senjata tajam, dipercayai digunakan untuk menikam mangsa, ditemui di tempat kejadian.

Mayat pelajar perempuan itu telah disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana di Shah Alam, Selangor hari ini, selepas upacara sembahyang dan penghormatan selama tiga hari berakhir malam tadi.

Khamis lalu, ibu mangsa, Wong Lee Ping, mendedahkan terdapat kira-kira 200 kesan tikaman dikesan pada badan anaknya.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau khabar angin mengenai kes berkenaan. – 20 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related