HEADLINES

Najib dakwa pihak pendakwaan kes 1MDB bergantung pada keterangan ‘dengar cakap’

Najib berkata pihak pendakwaan tidak memenuhi prasyarat asas bagi penerimaan keterangan ‘dengar cakap’ yang bersifat prejudis

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion bergantung sepenuhnya kepada keterangan ‘dengar cakap’.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, pihak pendakwaan tidak memenuhi prasyarat asas bagi penerimaan keterangan ‘dengar cakap’ yang bersifat prejudis.

Malah, Najib, 72 berkata, kenyataan yang dibuat oleh ahli perniagaan yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, bekas Eksekutif 1MDB, Nik Faisal Ariff Kami dan bekas pengarah eksekutif IMDB, Terence Geh Choh Heng diterima tanpa asas undang-undang yang sewajarnya.

“Setakat rekod yang ada, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah sekali pun menyebut adanya percubaan untuk mengesan mereka sebelum memohon mahkamah ini membuat penentuan bahawa mereka sememang tidak dapat ditemukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam kata pengantar sebelum pihak pembelaan mengemukakan hujahan lisan dalam kes penyelewangan dana 1MDB yang bermula hari ini, lapor Malaysia Gazette

Hujahan lisan oleh pendakwaan dan pembelaan di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dijadualkan berlangsung sepanjang minggu ini sehingga Jumaat.

Prosiding kemudiannya dijangka bersambung pada 27 hingga 31 Oktober di lokasi serupa.

Najib berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.

Najib turut menyatakan beliau memulangkan semula wang suapan AS$620 juta kepada akaun asal selepas mendapat kelulusan rasmi Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebelum pemulangan wang dilakukan, beliau terlebih dahulu menulis surat kepada Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi memaklumkan perkara tersebut.

Ujar Najib, beliau bertindak memulangkan jumlah tersebut meskipun keseluruhan AS$681 juta yang digembar-gemburkan oleh pihak media ketika itu masih belum dapat dibuktikan dan dikesan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

“Saya memulangkan wang itu (AS$620 juta) kerana dana itu tidak lagi diperlukan. Barangkali saya juga yang pertama dalam sejarah yang telah memberikan notis terhadap wang ‘haram’ itu kepada Gabenor BNM sendiri,” ujar beliau. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related