◉ HEADLINES

‘Bayar awal, dapat diskaun’, sistem baharu langsai kompaun: Loke

Kadar insentif ini tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaun seperti tiada insurans, lesen kenderaan motor (LKM), dan mempamerkan LKM palsu

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kompaun trafik dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diselaras bermula 1 Januari 2026, di bawah sistem baharu yang seragam, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, sistem itu dilaksana berdasarkan prinsip ‘the less you delay, the less you pay’, sekali gus menggantikan kempen ad-hoc tawaran diskaun sebelum ini.

Mengikut struktur baharu, diskaun 50% akan diberikan untuk pembayaran dibuat dalam tempoh 15 hari pertama dan 33% antara hari ke-16 hingga hari ke-30. Sebaliknya, tiada diskaun ditawarkan dari hari ke-31 hingga hari ke-60.

Bagi saman yang tidak dijelaskan selepas 60 hari akan berdepan tindakan mahkamah atau disenaraihitamkan.

Namun, kadar insentif ini tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaun seperti tiada insurans, lesen kenderaan motor (LKM), dan mempamerkan LKM palsu.

Loke berkata, langkah itu bertujuan untuk menangani kekeliruan dan persepsi undang-undang trafik tidak digunakan secara konsisten disebabkan perbezaan kadar kompaun dan kaedah penguatkuasaan antara JPJ dan polis.

“Bagi mengatasi isu tersebut, Jemaah Menteri pada 17 Oktober 2025 telah memutuskan untuk menyelaras kadar dan kaedah pelaksanaan kompaun bagi memastikan keseragaman dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya di seluruh negara,” katanya pada sidang media bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen, hari ini.

Tambah Loke, sebelum sistem baharu itu berkuat kuasa, kempen tempoh peralihan yang menawarkan diskaun antara 50% hingga 70% untuk semua saman trafik akan berjalan dari 1 November hingga 30 Disember.

“Orang ramai digalakkan untuk menyemak dan membuat pembayaran saman melalui portal MySIKAP, Aplikasi MyJPJ, Aplikasi MyBayar PDRM serta semua kaunter/kiosk JPJ atau semua saluran pembayaran saman polis,” katanya.

Saifuddin berkata, diskaun 50% akan ditawarkan untuk saman JPJ sepanjang kempen berkenaan. Saman polis pula layak mendapat diskaun 70%.

Sistem diskaun ad-hoc pada masa lalu jelasnya telah menggalakkan pengguna jalan raya menangguhkan pembayaran kerana menjangkakan tawaran akan datang.

Sistem baharu ‘the less you delay, the less you pay’ ini bertujuan menamatkan amalan sedemikian, katanya. – 22 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related