HEADLINES

Situasi banjir di Perak, Kedah dan Pulau Pinang tidak banyak berubah

Jumlah mangsa yang masih ditempatkan di PPS di negeri terbabit meningkat kepada 5,850 pagi ini, berbanding 5,788 malam tadi

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Perak, Kedah dan Pulau Pinang tidak banyak berubah dengan mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri berkenaan meningkat sedikit kepada 5,850 orang pagi ini, berbanding 5,788 malam tadi.

Di PERAK, empat daerah masih terjejas akibat banjir melibatkan 2,867 mangsa daripada 967 keluarga ditempatkan di 28 PPS setakat 8 pagi hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 1,872 mangsa daripada 640 keluarga di 19 PPS yang diaktifkan sejak Khamis lepas.

Daerah Manjung mencatat 607 mangsa daripada 202 keluarga berlindung di lima PPS, tiga PPS di Kerian (278 mangsa, 94 keluarga manakala di Perak Tengah, 110 mangsa daripada 31 keluarga (satu PPS).

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir terus meningkat dengan 1,934 orang daripada 602 keluarga dipindahkan di 19 buah PPS setakat 9 pagi,  berbanding 1,708 orang daripada 525 keluarga, malam tadi dengan Kubang Pasu antara daerah terbaru terjejas selain enam lagi daerah.

JPBN Kedah memaklumkan daerah Kulim mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,294 orang daripada 372 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS, diikuti di Baling sebanyak 291 orang daripada 119 keluarga (empat PPS), di Pendang dengan 111 orang daripada 32 keluarga (satu PPS).

Selain itu, di Pokok Sena terdapat 102 orang daripada 32 keluarga (satu PPS), dua PPS di Sik dengan 79 orang daripada 25 keluarga, satu PPS di Padang Terap (34 orang, 11 keluarga) manakala Kubang Pasu 23 orang daripada 11 keluarga (satu PPS). 

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan lima sungai di Kedah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Pendang di Pendang dengan 3.51 meter (m), Sungai Perik di Padang Terap (14.21m), Sungai Laka di Kubang Pasu (22.11m), Sungai Titi Kerbau di Pendang (6.84m) dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu (4.05m).

Di PULAU PINANG, jumlah mangsa banjir pagi ini berkurang sedikit kepada 1,049 orang daripada 295 keluarga ditempatkan di tujuh PPS melibatkan tiga daerah berbanding 1,187 orang daripada 328 keluarga malam tadi.

Berdasarkan laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),  Seberang Perai Utara (SPU) merupakan daerah paling teruk terjejas dengan 781 mangsa daripada 217  keluarga ditempatkan di empat PPS, di Seberang Perai Tengah pula, 234 orang daripada 68 keluarga ditempatkan di dua PSS.

Di daerah Barat Daya pula kekal 34 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di satu PPS. – 26 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related