HEADLINES

Lebih 700 barang milik Datuk Seri Vida dilelong RM1 juta

Proses lelongan barangan peribadi Vida termasuk kenderaan mewah seperti sebuah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 700 barang milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida telah dilelong hari ini, dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM1 juta.

Proses lelongan barangan peribadi termasuk kenderaan mewah seperti sebuah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 dimulakan pada jam 10.30 pagi tadi di rumahnya di Meru Heights, Ipoh.

Selain itu, 727 barangan dalam rumah seperti set sofa, meja makan, televisyen, penghawa dingin, teleskop, gitar elektrik, piano, set karaoke, meja pool, hiasan dinding dan pasu turut dilelong, dalam proses lelongan yang berakhir pada jam 1.40 petang, lapor Sinar Harian.

Terdapat dua pembida yang merupakan usahawan namun hanya seorang daripada mereka, Norzamri Abdullah berjaya memperoleh keseluruhan barangan yang disenaraikan selepas seorang lagi pembida menarik diri.

Pada 25 November lalu, dianggarkan 727 barangan milik Vida disita dalam proses yang berlangsung selama lima jam di banglo mewahnya di Ipoh selepas Vida tidak menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 sejak 2018.

Ia dijadualkan pada 9 Disember lalu namun ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida menangguhkan proses itu. – 30 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related