HEADLINES

3 lagi Ketua Bahagian Bersatu mungkin dipecat

Mereka dipercayai antara kira-kira 120 ketua bahagian Bersatu yang menandatangani SD menggesa Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur

8:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga lagi Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipanggil menghadap Lembaga Disiplin, semalam.

Antara yang dipanggil ialah Ketua Bahagian Pendang merangkap Ahli Dewan Undangan Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Datuk Mohd Suhaimi Ghazali (Sepang) dan Mohd Shukor Mustafa (Puchong).

Difahamkan, mereka dipanggil Lembaga Disiplin di Ibu Pejabat Bersatu, Petaling Jaya pada sesi berbeza.

Mohd Shukor yang dilapor bercakap dengan akhbar BH mengesahkan dirinya termasuk dua lagi Ketua Bahagian Bersatu dipanggil Lembaga Disiplin.

Mereka dipercayai antara kira-kira 120 ketua bahagian Bersatu yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menggesa Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mengulas lanjut, Mohd Shukor berkata, beliau dipanggil Lembaga Disiplin pada jam 1 tengah hari semalam.

Katanya kehadirannya itu adalah satu kelaziman amalan sebelum suatu tindakan diambil sekali gus tidak menolak kemungkinan bakal dipecat.

“Selalunya kalau dipanggil menghadap Lembaga Disiplin macam tunggu kena tindakan pecatlah,” katanya.

September lalu, Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama satu penggal.

Hukuman terhadap mereka berdua dikatakan berhubung isu SD yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti itu sebelum ini.

Kedudukan Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal sebagai Ahli Parlimen bagaimanapun tidak terjejas memandangkan pemecatan keahlian dalam mana-mana parti tidak tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya undang-undang bertukar parti.

Lembaga Disiplin turut memaklumkan tindakan pemecatan keahlian ke atas empat lagi ketua bahagian parti.

Mereka ialah Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya); Mohd Faizal Asmar (Pengerang); Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) serta Mohd Isa Mohd Saidi dari Bahagian Ampang. – 31 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related