HEADLINES

Anwar batal lawatan kerja ke Pahang, alami sakit belakang

Pembatalan saat akhir ini dibuat atas nasihat pasukan perubatan setelah Perdana Menteri mengalami sakit belakang, yang menyebabkan pergerakan terbatas

10:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang, yang dijadualkan hari ini setelah mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan terbatas.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini berkata, pembatalan saat akhir itu dibuat atas nasihat pasukan perubatan.

“Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi.

“YAB Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau,’’ kata kenyataan berkenaan.

Berdasarkan jadual liputan Bernama, Anwar mempunyai jadual yang padat di Pahang hari ini di mana beliau dijadualkan merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HKKP) 2025 di Lurah, Semantan, Temerloh pada jam 10 pagi.

Selepas itu, beliau mempunyai Program Temu Anwar @ UMPSA di Dewan Utama Kompleks Sukan UMPSA, Kampus Gambang, Kuantan pada 12.30 tengah hari.

Pada jam 3.15 petang, Perdana Menteri terlibat dalam Sesi Ramah Mesra Bersama Penggerak Industri Kuantan di ADTEC JTM Kampus Kuantan.

Beliau juga baru kembali ke Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Korea Selatan yang berlangsung mulai 31 Oktober sehingga 1 November. – 2 November, 2025

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related