◉ HEADLINES

KPM arah siasatan menyeluruh kes murid Tahun Empat maut di tandas sekolah

KPM berkata pihaknya mengambil perhatian maklumat disampaikan keluarga murid terbabit dan keadilan perlu ditegakkan

8:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) meminta agar semua elemen berkaitan kejadian yang menimpa seorang murid Tahun Empat di sebuah sekolah di Negeri Sembilan disiasat secara teliti bagi memastikan keadilan ditegakkan.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil perhatian penuh terhadap maklumat disampaikan keluarga murid terbabit berhubung kejadian tersebut.

“Pada waktu ini, kes masih dalam siasatan pihak polis.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah. Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga Allahyarham,” kata kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan, seorang murid berusia 10 tahun ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas sekolahnya di Senawang, Negeri Sembilan sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 Oktober lalu.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh mangsa. – 4 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

◉ Related