HEADLINES

MCMC siasat lelaki muat naik hantaran guna logo palsu syarikat akhbar di FB

MCMC merekodkan kenyataan seorang suspek hari ini di balai polis Alor Gajah serta merampas telefon bimbit dan kad SIM miliknya

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat satu hantaran di Facebook yang memaparkan imej diubah suai sebuah akhbar harian Melayu dengan tajuk berita mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui perjanjian timbal balik perdagangan AS adalah cacat.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, imej yang memaparkan logo Utusan Malaysia itu bukan sahaja palsu, malah boleh mengelirukan orang ramai.

Menurut agensi itu, Utusan Malaysia juga telah menafikan penerbitan sebarang artikel bertajuk “Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan US”.

Pengawal selia internet itu berkata pihaknya telah merekodkan kenyataan seorang suspek hari ini di balai polis Alor Gajah serta merampas telefon bimbit dan kad SIM miliknya.

“Perkongsian kandungan palsu boleh merosakkan kredibiliti akhbar dan membawa kepada tindakan undang-undang,” katanya.

MCMC turut menasihati orang ramai untuk mengesahkan maklumat sebelum berkongsi di media sosial, terutama maklumat yang memaparkan logo agensi berita atau menyerupai laporan berita. – 6 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related