HEADLINES

CEO GISBH, 21 individu lain dibebaskan semalam

Peguam berkata, tempoh reman selama 13 bulan, ditambah dengan pengurangan hukuman standard sebanyak satu pertiga, melayakkan mereka untuk dibebaskan

9:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali bersama 12 lelaki lain dibebaskan dari Penjara Kajang semalam, selepas menjalani tahanan selama 13 bulan dan 20 hari.

Peguam pembelaan, Datuk Rosli Kamaruddin, berkata anak guamnya dibebaskan sebaik urusan pentadbiran penjara selesai, walaupun masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 bulan selepas mengaku bersalah menjadi ahli pertubuhan haram.

“Mereka tidak perlu kembali ke Penjara Sungai Buloh lagi. Semua urusan akan diselesaikan di sini hari ini (semalam).

“Selepas proses pengesahan cap jari dan dokumentasi selesai, mereka boleh pulang terus. Tempoh reman selama 13 bulan, ditambah dengan pengurangan hukuman standard sebanyak satu pertiga, melayakkan mereka untuk dibebaskan,” katanya ketika ditemui di luar Kompleks Mahkamah Penjara Kajang, semalam.

Sementara itu bagi katanya, bagi sembilan tertuduh wanita yang masing-masing dikenakan denda RM4,500, pembayaran akan dibuat di lokasi sama sebelum mereka turut dibebaskan.

Semalam, BH melaporkan pada Kira-kira jam 1 tengah hari, semua tertuduh dibawa ke bangunan utama penjara yang terletak hanya beberapa minit dari kompleks berkenaan dan dibebaskan selepas solat Jumaat.

Terdahulu, kesemua 22 tertuduh mengaku bersalah menjadi ahli GISBH, yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram, antara Oktober 2020 hingga 11 September tahun lalu di Bandar Country Homes, Rawang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – 8 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related