HEADLINES

Lelaki maut ditembak di stesen minyak Klang

Polis berkata tembakan itu terkena bahagian dada dan perut mangsa warga tempatan berusia 34 tahun

12:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dalam kejadian tembak di sebuah stesen minyak di kawasan Bukit Tinggi, Klang malam tadi.  

‎Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata dalam kejadian pada kira-kira jam 11 malam itu seorang suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan sebuah kenderaan.

Difahamkan, tembakan itu terkena bahagian dada dan perut mangsa warga tempatan berusia 34 tahun. 

‎”Polis menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan ada kejadian tembak di sebuah stesen minyak dalam kawasan Klang Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

‎Shazeli dalam kenyataan sama memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Aminuddin Mahadi di talian 013-2104006 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

‎Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

‎Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan cedera dipercayai akibat ditembak, sedang diusung oleh petugas kesihatan untuk mendapatkan rawatan. 

Difahamkan, mangsa turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau kini dirawat di sebuah hospital, lapor Sinar Harian. – 8 November, 2025

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related