◉ HEADLINES

Konvensyen Amanah tegang, perwakilan desak usul pemilihan parti dibahaskan

Keadaan menjadi tegang apabila tiga perwakilan tampil ke mikrofon bagi menyuarakan ketidakpuasan terhadap keputusan pimpinan yang tidak membenarkan isu itu dibahaskan

12:48 PM MYT

 

SHAH ALAM – Suasana hari kedua Konvensyen Nasional Parti Amanah menjadi kecoh apabila beberapa perwakilan mendesak supaya isu sama ada pemilihan parti ditangguhkan tahun depan, dibahaskan segera.

Keadaan menjadi tegang apabila tiga perwakilan tampil ke mikrofon bagi menyuarakan ketidakpuasan terhadap keputusan pimpinan yang tidak membenarkan isu itu dibahaskan, lapor Malaysia Gazette.

Pengerusi persidangan, Azhar Abdul Shukur berulang kali cuba menenangkan suasana dan meminta mereka duduk.

Bagaimanapun Azhar kemudiannya membenarkan usul itu dibahaskan namun memberitahu tujuan utama ialah bagi membolehkan pucuk pimpinan mendengar pandangan daripada perwakilan dan menegaskan tiada usul undi tidak percaya.

Keadaan bagaimanapun kembali tegang apabila sesi tersebut bertukar menjadi pertengkaran.

“Kami mahu ia dibahaskan, bukan sekadar dicadangkan” jerit salah seorang perwakilan.

Ia juga menyaksikan dua pandangan berbeza daripada perwakilan apabila salah seorang mencadangkan pemilihan parti ditangguhkan selepas tahun 2026, manakala seorang lagi mahu ia diteruskan seperti yang dijadualkan.

Dalam kekecohan itu, seorang perwakilan dilihat dibawa keluar oleh anggota Skuad Arif, pasukan sukarelawan Amanah.

Semalam, Naib Presiden Amanah, Datuk Mohd Hatta Ramli dilaporkan berkata usul mengenai pemilihan 2026 tidak akan dibahaskan hari ini, kerana belum tiba masanya untuk membuat keputusan dan perlembagaan parti tidak membenarkan keputusan dibuat lebih awal. – 9 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

◉ Related