HEADLINES

Bicara kes salah guna kuasa, penggubahan wang haram Muhyiddin mula 9 Mac 2026

Mahkamah menetapkan 29 hari bagi mendengar kes itu yang dijadual bermula 9 Mac dan beberapa tarikh lain sehingga 27 Ogos 2026

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram akan bermula pada 9 Mac 2026 di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan 29 hari untuk mendengar kes itu yang dijadualkan pada 9 hingga 11 Mac; 13, 16, 28 dan 29 April; 25 dan 26 Mei; 6 hingga 10, 13 hingga 17 serta 27 hingga 29 Julai, dan bersambung pada 17 hingga 21 dan 26 serta 27 Ogos tahun depan.

Beliau membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Chetan Jethwani, yang mewakili Muhyiddin, mencapai kata sepakat.

“Mahkamah menetapkan sebutan kes seterusnya pada 27 Nov ini,” katanya yang turut menetapkan 18 November ini untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Pagoh itu bagi mendapatkan pasportnya secara sementara.

Muhyiddin tidak hadir pada prosiding hari ini setelah diberikan pengecualian oleh mahkamah.

Terdahulu, Wan Shaharuddin memaklumkan bahawa pendakwaan akan memanggil kira-kira 30 saksi.

Pada 22 Ogos lepas, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Muhyiddin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya.

Muhyiddin, 78, yang ketika kejadian memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Beliau juga berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022. – 10 November, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related