◉ HEADLINES

Perodua lancar EV hujung bulan ini, jadi Agenda Nasional: PM

Pelancaran EV Perodua buatan sepenuhnya Malaysia itu akan dijadikan sebagai Agenda Nasional

7:09 PM MYT

 

RAWANG – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang mampu milik dan menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelancaran EV Perodua buatan sepenuhnya Malaysia itu akan dijadikan sebagai Agenda Nasional. 

“EV yang akan dilancarkan itu bersifat mampu milik, memenuhi kehendak nasional serta boleh menjana ekonomi (negara),” kata beliau ketika berucap pada program lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata pelancaran kereta tersebut juga mencerminkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kepakaran tenaga kerja tempatan.

“Pelancaran EV ini membuktikan syarikat automotif berkenaan bukan sahaja mempunyai kepakaran pasukan penyelidikan dan pembangunan yang bagus, malah amat berdisiplin dalam aspek pengurusan serta tatakelola yang baik.

“Justeru, Kerajaan MADANI dan rakyat Malaysia akan memberi sokongan penuh terhadap Perodua,” kata Anwar.

Terdahulu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menerusi ucapannya berkata sepanjang tempoh 32 tahun operasinya Perodua telah menghasilkan 5.5 juta unit kenderaan.

“Kita juga telah melaburkan sejumlah RM13.4 bilion sejak tahun 1993, dan pada masa yang sama, Perodua juga sedang bersiap sedia bagi menghadapi dan mengatasi cabaran pada masa hadapan serta melabur dalam model EV,” katanya.

Pada Mei tahun ini Perodua dilaporkan berkata pada peringkat awal, 30 peratus pemasangan EV pertama itu akan dilakukan di kilang baharunya di Rawang dan berharga di bawah RM80,000.

Menurut syarikat itu, dengan jangkaan pengeluaran bulanan sebanyak 500 unit, EV tersebut disasarkan kepada pembeli muda dan keluarga kecil bagi membolehkan mereka memiliki kenderaan elektrik yang mampu milik. – 11 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related