HEADLINES

KSN dedah hanya 16 kementerian capai purata nasional projek pembangunan

KSN berkata, daripada keseluruhan 31 kementerian, 15 daripadanya gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan

7:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya 16 kementerian berjaya melepasi tahap purata nasional bagi pelaksanaan projek pembangunan tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 31 kementerian, 15 daripadanya gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Menurutnya, daripada jumlah peruntukan (dipinda) sebanyak RM85.87 bilion melibatkan 9,524 projek, sebanyak RM64.03 bilion telah dibelanjakan dengan purata nasional 74.56%.

“Daripada jumlah ini, hanya 16 kementerian berjaya melepasi tahap purata nasional,” katanya.

Shamsul Azri berkata demikian ketika berucap pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya, semalam.

Beliau turut meminta setiap ketua setiausaha kementerian (KSU) mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) seperti yang dijadualkan dalam Arahan No.1 Tahun 2020.

Pada masa sama, beliau menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) meneliti semula kaedah pelaksanaan projek fizikal agar dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.

Shamsul Azri menambah, kerajaan kini sedang melangkah ke Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“Kita perlu menjadi lebih tangkas dan inovatif dalam menggembleng segala usaha bagi menjayakan lebih 120 strategi dan lebih 600 inisiatif yang telah digariskan,” katanya. – 13 November, 2025

Topics

 

Hangat

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

RCI report highlights governance lapses, political influence in Tabung Haji management

Inquiry into pilgrim fund’s 2014-2020 operations identifies weaknesses in oversight, decision-making and legal framework

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related