HEADLINES

Thailand, Kemboja pilih ‘dialog dan diplomasi’, kata Anwar kepada Trump

Perdana Menteri turut memaklumkan kepada presiden Amerika Syarikat bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan pasukan tentera mereka dari sempadan

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung komitmen Kemboja dan Thailand untuk menyelesaikan ketegangan sempadan ketika berbincang dengan pemimpin itu awal hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, memaklumkan Trump mengenai kesediaan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih ‘dialog dan diplomasi’ susulan krisis terbaharu antara dua negara berjiran itu.

“Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah disepakati di bawah kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

“Lantaran itu, saya mengalu-alukan peranan aktif Presiden Trump yang telah turut menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand demi memastikan apa jua perbezaan ditangani dengan tertib, demi menjamin kestabilan dan keharmonian serantau,” katanya dalam perkongsian di Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan Menteri Luar Mohamad Hasan berkata Malaysia bersedia menjadi tuan rumah rundingan antara Thailand dan Kemboja berikutan ketegangan baharu di sempadan kedua-dua negara.

Kemboja dan Thailand saling menuding jari selepas krisis terbaharu meletus di sempadan mereka Rabu lalu apabila Bangkok mengatakan ia menghentikan pelaksanaan perjanjian damai yang disokong AS, menurut AFP.

Ketegangan selama lima hari yang tercetus antara Thailand dan Kemboja awal tahun ini, mengorbankan 43 orang dengan sekitar 300,000 penduduk terpaksa dipindahkan sebelum gencatan senjata yang disokong Trump meredakan suasana.

Pada Isnin lalu, Thailand menghentikan pelaksanaan perjanjian untuk menamatkan konflik, selepas mendakwa letupan daripada periuk api baharu telah mencederakan empat anggotanya.

Kementerian Pertahanan Kemboja dalam satu kenyataan Selasa lalu menafikan meletakkan periuk api baharu dan menggesa Thailand mengelakkan rondaan di kawasan ladang periuk api lama.

Pertikaian antara Thailand dan Kemboja berlarutan lebih satu abad, berpunca daripada perbezaan mengenai pemetaan sempadan era kolonial.

Ketegangan sering tercetus di sekitar kumpulan kuil sempadan yang didakwa oleh kedua-dua negara sebagai milik mereka.

Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Hun Manet, disaksikan oleh Anwar dan Trump, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. – 15 November, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related