◉ HEADLINES

596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN

74 calon bebas daripada keseluruhan 596 calon dijangka bertanding PRN Sabah

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah menyaksikan 596 calon dijangka bertanding bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri.

Daripada jumlah berkenaan, 74 adalah calon bebas sekali gus menjadikan calon Bebas sebagai entiti terbesar pada PRN kali ini, mengatasi parti politik lain di Sabah. Pada pilihan raya sebelum ini, 56 calon Bebas yang bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Plihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding di 55 kerusi DUN, diikuti Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) 46 kerusi, Barisan Nasional (BN) di 45 DUN, Perikatan Nasional (PN) di 42 DUN.

Manakala Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) diterajui presidennya yang juga bekas Menteri, Datuk Ewon Benedick akan bertanding di 25 kerusi DUN dan Pakatan Harapan (22 DUN), Parti Kebangsaan Sabah (PKS) 20 kerusi.

Sementara Parti Warisan bertanding di 73 kerusi DUN dan Pejuang turut mengambil bahagian, bertanding satu kerusi DUN. Manakala baki kerusi adalah parti-parti lain.

“Satu kerusi DUN merekodkan pertandingan 14 penjuru, 13 penjuru (empat DUN), 12 penjuru (dua DUN), 11 penjuru (enam DUN), 10 penjuru (sembilan DUN), lapan penjuru (lapan DUN), tujuh penjuru (10 DUN), enam penjuru (13 DUN), lima penjuru dan empat penjuru masing-masing lapan dan dua DUN,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, 205 calon-calon berusia 60 tahun ke atas dengan calon paling tua berusia 86 tahun iaitu di DUN Bingkor manakala paling muda berusia 24 tahun, yang bertanding di DUN Silam.

Tambahnya, 525 calon bertanding adalah lelaki manakala 71 lagi adalah wanita.

SPR, jelas Ramlan, telah menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau semua aktiviti calon bertanding ketika berkempen.

PRN Sabah akan diadakan pada 29 November ini dengan undi awal ditetapkan pada 25 November.

Mengikut statistik SPR, seramai 1,784,843 pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini, merangkumi 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan. – 15 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

Maxim Malaysia secures full Apad licence, elevates safety and inclusivity in e‑hailing

Apad approval means verified drivers, stronger safety tools, and more freedom for gig partners

Dilema pelakon veteran, tiada tawaran sejak berbulan lamanya, watak ibu digantikan dengan pelakon muda

Kisah pelakon veteran tidak menerima sebarang tawaran lakonan bukanlah sesuatu yang baru. Kemelut ini berlaku sejak sekian lama namun situasi ketika ini semakin meruncing

◉ Related