HEADLINES

Caj Jalan Genting Highlands perlu ambil kira penduduk lalu kawasan itu setiap hari

Pihak berkenaan perlu ambik kira ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dan penduduk yang melalui kawasan itu setiap hari

8:25 PM MYT

 

ROMPIN – Kerajaan Pahang berharap sebarang caj dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands kelak mengambil kira kepentingan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Datuk Razali Kassim berkata pihak terbabit juga disaran memberi perhatian khusus kepada kebajikan dan komuniti pekerja di kawasan berkenaan.

“Ini termasuk ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dan penduduk yang melalui kawasan itu setiap hari,” katanya selepas merasmikan bas ekspres baharu Sanwa Tours (M) Sdn Bhd di Terminal Sentral Muadzam Shah di sini hari ini.

Sebelum ini, Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Syarikat itu dalam kenyataan memaklumkan maklumat lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan sebaik sahaja butiran lanjut mengenai bayaran bagi jalan persendirian ini (Caj Jalan Persendirian) tersedia.

Mengulas lanjut, Razali berkata jalan terbabit bukan jalan Persekutuan atau negeri, sebaliknya dibina dan diselenggara oleh pihak Genting. 

Semalam,  Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran di laman Facebook turut memaklumkan berdasarkan semakan awal kementeriannya serta maklumat yang diterima, laluan yang dimaksudkan bukan jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian.

Nanta bagaimanapun berkata aspek keselamatan, standard teknikal dan pematuhan kawal selia bagi mana-mana laluan seperti itu adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pahang melalui Majlis Perbandaran Bentong, dan buat masa ini kementerian itu tidak mempunyai kuasa perundangan ke atas laluan berkenaan.

Isu caj ke atas pengguna yang memasuki Jalan Genting menjadi perhatian dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat pada minggu ini. – 15 November, 2025

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Teen suspect in school stabbing influenced by violent online content, not gaming: cops

Investigations reveal the 14-year-old was shaped by disturbing online videos, not peer pressure or video games, as authorities delve into his psychological state

Related