◉ HEADLINES

Persaraan Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Perisikan tiada kaitan siasatan SPRM

Menteri Pertahanan mengesahkan kedua-duanya akan bersara pada usia 60 tahun mengikut tarikh persaraan wajib masing-masing seperti biasa tahun hadapan

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Mohd Nizam Jaafar dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Datuk Mohd Razali Alias mencetus perhatian umum namun disahkan tiada kaitan dengan siasatan Op Sohor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara berkenaan disahkan sendiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi media, hari ini.

“Tiada kena mengena dengan siasatan berkenaan,” katanya ringkas lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal yang mengaitkan persaraan dua  pimpinan atasan ATM itu dengan penahanan 10 individu termasuk pegawai tentera yang disyaki terlibat  kes penyeludupan dadah Ogos lepas.

Mohamed Khaled turut mengesahkan bahawa kedua-dua mereka akan bersara pada umur 60 tahun mengikut tarikh persaraan wajib masing-masing seperti biasa tahun hadapan.

Media Ogos lalu melaporkan, ATM bersedia menyerahkan dokumen sensitif kepada SPRM berhubung siasatan sindiket penyeludupan yang didakwa melibatkan pegawai kanannya.

Mohd Nizam dalam laporan itu berkata, dari awal ATM telah menyatakan komitmen penuh dan tanpa berselindung dalam membantu siasatan.

“Tiada masalah langsung (kongsi dokumen dengan SPRM). Sejak awal lagi, kenyataan pertama saya adalah bahawa kami akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam menangani isu ini.

“Perkara utama adalah untuk kita memastikan sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak. Sekiranya benar, kita akan melaksanakan tindakan sewajarnya. Sekiranya tidak, alhamdulillah,” katanya.

Menurut sumber rasmi, Mohd Nizam dijadual mula bercuti 1 Januari 2026 sebelum bersara wajib pada Ogos, manakala Mohd Razali pada Disember 2026. – 22 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related