HEADLINES

Wartawan Haresh Deol buat laporan polis, diserang dua individu di Bangsar

Pengasas bersama Twentytwo13, Haresh Deol, mendedahkan beliau diserang dua individu sementara presiden Kelab Akhbar Kebangsaan mengutuk keganasan tersebut yang disifatkan sebagai perbuatan pengecut dan biadap

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Haresh Deol, pengasas bersama Twentytwo13, sebuah platform berita yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dilaporkan diserang petang ini.

Dalam catatan di platform media sosial X, Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) itu memberitahu telah membuat laporan polis susulan serangan oleh dua individu tersebut.

“Saya baru sahaja diserang oleh dua individu, dengan seorang lagi merakam video saya ketika diserang.

“Saya baru sahaja membuat laporan polis,” katanya.

Walaupun Haresh tidak memberikan butiran terperinci mengenai insiden itu, rakan sekerja dan rakan perniagaannya, Pearl Lee, mengesahkan kejadian itu berlaku di Bangsar petang ini.

“Ini adalah kali pertama dalam kerjayanya selama 25 tahun sebagai wartawan. Semoga keadilan ditegakkan !!!” tambah Lee, yang berkongsi hantaran Haresh.

Sementara itu, Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan, atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, mengecam keras serangan terhadap Haresh dan menyifatkannya sebagai perbuatan ‘pengecut dan biadap’.

“Serangan terhadap Haresh adalah pengecut dan biadab,” kata Ahirudin, yang juga pengarah eksekutif di Big Boom Media, penerbit Scoop.

Scoop telah menghubungi Haresh untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.

Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas Haresh Deol, yang dilaporkan diserang oleh dua individu dengan salah seorang daripadanya memegang telefon ketika beliau sedang menjalankan tugasan kewartawanan.

Menurut Geramm, tindakan ganas dan cubaan mengintimidasi wartawan atas kapasiti profesional adalah perbuatan tidak bertamadun serta bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dijamin di dalam sistem demokrasi.

“Serangan fizikal terhadap seorang wartawan bukan sahaja mengancam keselamatan individu, tetapi juga menjejaskan hak orang awam untuk menerima maklumat tepat serta bebas tekanan,” katanya.

Justeru, Geramm menggesa polis untuk menyiasat insiden ini dengan segera dan telus, termasuk mengenal pasti motif serta individu yang terlibat selain mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

Ia bagi menghantar mesej jelas bahawa keganasan terhadap wartawan tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk.

“Selain itu memastikan keselamatan petugas media ketika melaporkan isu-isu berkepentingan awam,” katanya.

Geramm juga menyeru semua pihak, termasuk pemimpin politik dan masyarakat umum untuk menghormati peranan wartawan sebagai penyampai maklumat dan bukannya menjadikan mereka sasaran ancaman atau serangan.

Persatuan berkenaan turut menyatakan solidariti bersama Haresh dan seluruh komuniti media yang terus menjalankan tugas demi kebenaran serta kepentingan rakyat. – 25 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related