◉ HEADLINES

Video kabur, papar identiti rahsia tidak buktikan apa-apa: Lip Eng

Ahli Parlimen Kepong berkata mereka yang terbabit tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kerana menggunakan klip yang diubah suai untuk menyerang Perdana Menteri

1:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng mempersoalkan ketulenan video tular yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakaman sulit melibatkan ahli politik Sabah dalam skandal perlombongan di negeri itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong, turut menolak dakwaan dalam video yang dirakam oleh ahli perniagaan kontroversi Albert Tei, menyifatkan tuduhan itu kabur dan tidak mengemukakan sebarang bukti.

“Adalah tidak bertanggungjawab dan tidak jujur bagi sesiapa untuk menggunakan klip yang diubah suai seperti ini untuk menyerang perdana menteri.

“Jika si penuduh benar-benar ada fakta, mereka sepatutnya mengemukakan bukti sebenar dan tampil secara terbuka.

“Bersembunyi di sebalik sesuatu yang diputar belit dan dan identiti rahsia sudah cukup menunjukkan kredibiliti mereka,” katanya dalam perkongsian di akaun Facebook miliknya hari ini.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan video yang dirakam Tei, yang sedang dibicarakan atas dua pertuduhan memberi rasuah, sambil menyifatkannya sebagai gimik politik murahan.

Difahamkan klip video itu menunjukkan seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai proksi kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri semalam.

Wanita itu mendakwa perdana menteri memberi lampu hijau kepada Tei untuk merakam perbualannya dengan beberapa ahli politik Sabah, termasuk menteri negeri dan Adun, berhubung lesen penerokaan mineral di negeri Borneo itu.

Dalam pada itu portal Malaysiakini turut melaporkan Tei mendakwa beliau membelanjakan RM629,000 untuk Shamsul, termasuk kerja ubah suai ke atas beberapa hartanah yang dikaitkan dengan pemimpin PKR itu, selain cerut premium dan sut khas.

Susulan dakwaan itu, Perikatan Nasional (PN) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap ketua PKR Melaka itu. – 26 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related