HEADLINES

‘Ini kemenangan rakyat’ Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah

GRS memperoleh 29 kerusi mendahului semua pesaingnya

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hajiji Noor dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu di sini pada 3.05 pagi ini, sekali gus menandakan permulaan penggal baharu beliau dalam memimpin negeri itu.

Beliau, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengangkat sumpah sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di Kota Kinabalu.

Hajiji, 70, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dengan majoriti 8,919 undi, iaitu peningkatan berbanding 3,099 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, yang menonjolkan sokongan padu rakyat, meskipun berdepan pertandingan lima penjuru.

Kemenangan itu sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai tokoh utama politik negeri.

Mengikut keputusan rasmi, GRS mendahului pesaing dengan memperolehi 29 kerusi manakala pencabar terdekatnya iaitu Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) (6), UPKO (3) dan STAR (2).

Dalam kenyataannya selepas selesai mengangkat sumpah, Hajiji menyifatkan kemenangan GRS sebagai kemenangan rakyat dan sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi menjadi pemangkin kepada kemenangan itu.

“Kemenangan ini milik setiap daripada anda yang percaya kepada visi kita, menyokong usaha kita dan berkongsi impian kita untuk masa depan Sabah lebih cerah.

“Dengan penuh kesyukuran, saya menerima kepercayaan yang anda berikan kepada saya dan rakan-rakan saya dalam GRS untuk sekali lagi memimpin dan berkhidmat sebagai wakil rakyat anda,’’ katanya.

Sementara itu, pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk sebuah kerajaan baharu, untuk kestabilan politik Sabah selepas PRN ke-17 ini.

Zahid memberitahu, gabungan itu sentiasa memberikan keutamaan kepada soal kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri itu juga menyeru seluruh rakyat Sabah untuk mengekalkan keamanan, perpaduan dan rasa hormat terhadap proses demokrasi yang sedang berlangsung.

“Perjalanan Sabah ke hadapan memerlukan iltizam semua pihak dan BN akan terus memainkan peranan yang konstruktif, bagi memastikan negeri ini terus melangkah ke arah kemajuan dan kemakmuran,” katanya menerusi kenyataan malam tadi. – 30 November, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related