HEADLINES

Serbuan spa songsang: PTD diarah letak jawatan serta-merta

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola, sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang ditahan dalam serbuan di pusat sauna yang disyaki menjadi lokasi aktiviti songsang diarah meletakkan jawatan serta-merta, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata, ia susulan tindakan serta-merta Unit Integriti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memulakan siasatan dalaman yang membawa kepada tindakan tatatertib mengikut ketetapan peraturan perkhidmatan.

Mustapha berkata, KPT telah mengambil beberapa tindakan tegas bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.

“Saya mengambil maklum laporan berhubung penahanan salah seorang PTD yang berkhidmat di pejabat saya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

“Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menggesa semua pihak tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan.

“Di KPT, tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola dan sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa,” katanya dalam satu perkongian di Facebook, malam tadi.

Sabtu lalu, 201 lelaki yang juga pengunjung pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, di sini, ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti songsang.

Dalam operasi mengejut pada 28 November lalu, suspek berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan pada jam 8 malam membabitkan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Media melaporkan, daripada 201 yang ditahan, 17 daripada mereka adalah penjawat awam membabitkan doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai agensi penguatkuasaan. – 2 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Related