◉ HEADLINES

Bersatu Sabah desak Muhyiddin letak jawatan didakwa punca kekalahan teruk PRN17

7:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu Sabah hari ini secara terbuka mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Presiden parti itu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN) dengan dakwaan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah berpunca daripada kelemahan presiden.

Desakan dibuat oleh Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin, bersama beberapa ketua bahagian dan calon-calon Perikatan Nasional (PN).

Menurut Yunus, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, ketika jentera Bersatu Sabah sedang membuat persiapan intensif untuk menghadapi pilihan raya itu, parti berdepan gangguan akibat konflik dalaman, termasuk tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pemimpin serta ahli yang mengkritik Muhyiddin.

Beliau turut mendakwa parti itu tidak menyediakan sebarang peruntukan kewangan bagi membiayai operasi 33 calon Bersatu pada pilihan raya tersebut.

“Ketiadaan sokongan kewangan menyulitkan keadaan. Ada calon yang terpaksa menggadaikan kereta, rumah dan aset peribadi untuk bertarung dalam pilihan raya ini. Kami kini dibebani hutang kerana perkara ini. Kegagalan Bersatu Sabah, pada pandangan saya, amat memalukan.

“Kami mahu presiden bertanggungjawab atas kegagalan kepimpinannya, dan kami mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN),” katanya, lapor Bernama.

Yunus berkata demikian pada sidang media di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Pada PRN ke-17 Sabah, PN bertanding 42 kerusi namun hanya menang satu kerusi sahaja iaitu di DUN Karambunai, menerusi Dr Aliakhbar Gulasan dari PAS yang bertanding atas tiket PN.

Dalam pada itu, Yunus turut mendakwa 20 daripada 24 bahagian Bersatu di Sabah menyokong desakan supaya Muhyiddin meletakkan jawatan.

Beliau dan penyokongnya juga bersedia meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya parti mengambil tindakan tidak adil terhadap mereka.

“Kami tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Bersatu kerana kami membina semula parti ini di Sabah dengan usaha dan wang kami sendiri. Mengapa kami perlu keluar? Pemimpin yang lemah lah yang patut meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada seseorang yang lebih baik.

“Kami telah memaklumkan kepada pimpinan pusat bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku, terutama ketika kami sedang berkempen. Ia amat menjejaskan keyakinan akar umbi di seluruh Sabah,” katanya.

Yunus juga mendakwa tidak dapat menghubungi Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee, dan menggesa beliau tampil untuk membantu menyelesaikan keadaan tersebut. – 3 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related