HEADLINES

Kemelut Felda-Kerajaan Terengganu: Perbincangan perlu ada ‘give and take’, kata Exco

Datuk Dr Azman Ibrahim berkata perbicangan yang bermula semalam itu akan disambung malam ini

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Terengganu Datuk Dr Azman Ibrahim berkata perbincangan berhubung kemelut yang melanda negeri itu dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sudah bermula petang semalam dan akan disambung malam ini.

Beliau berkata perbincangan itu berlangsung antara kerajaan negeri, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ahli Lembaga Pengarah Felda dan Pengarah Besar Felda.

“Insya-Allah perbincangan disambung lagi malam esok (hari ini),” katanya dalam muat naik di akaun Facebook miliknya malam tadi.

Kerajaan negeri katanya memilih jalan damai dalam menyelesaikan isu berkenaan.

“Tentu sekali jalan damai adalah pilihan kita. Dari dulu kita ingin duduk berbincang dengan mereka yang boleh membuat keputusan, tetapi sebelum ini tidak begitu dilayan.

“Kerajaan Negeri bagai mengemis untuk mendapatkan hak sendiri,” katanya lagi.

“Dalam perbincangan mestilah ada ‘give and take’. Saling menghormati bidang kuasa masing-masing. Menilai setiap isu secara adil dan saksama. Jauhi sikap rasa superior,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Penyelesaian Tanah Felda berkata Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) yang dikeluarkan sebelum ini masih diteruskan sehingga terdapat penyelesaian terhadap isu tersebut.

Semalam, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan keperluan dan komitmen kewangan berkaitan isu tanah Felda di Terengganu telah pun dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Beliau berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Datuk Johan Mahmood Merican) telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri untuk memastikan apa yang telah kerajaan Persekutuan lunaskan.

Pada Ahad lalu, kerajaan Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah diusahakan Felda di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar di negeri itu, selepas mendakwa selama lebih 40 tahun tanah berkenaan diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan.

Notis diserahkan secara serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu. – 6 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related