HEADLINES

Kes projek lembu RM400,000: Ahli Parlimen Padang Serai akan didakwa Isnin ini

Azman akan didakwa bersama seorang lagi individu

3:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, dijangka didakwa Isnin ini berhubung dakwaan rasuah yang berkaitan dengan usaha sama penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah.

Ketika mengesahkannya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata Azman akan didakwa bersama seorang lagi individu, lapor media.

Sumber SPRM sebelum itu memaklumkan seorang Ahli Parlimen ditahan berkaitan kes melibatkan usahasama ternakan lembu (Fidlot) milik kerajaan Kedah.

Siasatan dijalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot, katanya.

Semalam, Azman mengesahkan penahanannya dan mengakui akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam Isnin ini.

Beliau berkata, pertuduhan akan dibuat di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 berkait satu projek usahasama ternakan lembu kerajaan Kedah didakwanya mempunyai unsur ‘pengaruh politik’.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) menyerahkan sepenuhnya kes membabitkan Azman kepada SPRM dan tidak akan masuk campur.

Menurut Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, PN mengambil pendekatan seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Dalam kes ini kita terbuka dan turut berharap Ahli Parlimen Padang Serai berkenaan turut diberi hak yang sewajarnya,’’ katanya. – 6 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Policies alone can’t stop bullying in public hospitals: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president urges stronger enforcement and cultural change as healthcare workers continue to face intimidation and silence within hospital hierarchies

Selangor, KL, and Putrajaya face water price hike, but minimum charge unchanged: Amirudin

The Selangor Menteri Besar confirms an increase in water tariffs for higher consumption levels, while the minimum charge for domestic users remains at RM6.50

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Related