◉ HEADLINES

Penunggang p-hailing maut dihempap pokok tumbang

Mangsa yang berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang, manakala seorang pemandu kereta wanita cedera dalam kejadian di Jalan Tun Razak–Ayer Keroh, berhampiran Taman Delima Raya, Melaka, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh PBK II Iswandy Ariffin mangsa yang berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Jelasnya, Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.30 petang dan jentera tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta yang dipercayai berpunca daripada pokok tumbang.

“Pasukan bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang terhempap di bawah pokok berkenaan selain melakukan pemotongan dan pembersihan pokok tumbang sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, operasi disertai lapan anggota itu tamat sepenuhnya pada 3.18 petang. – 6 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related