HEADLINES

MCA gesa PAS jadi lebih ‘moderat’ jika mahu kerjasama politik: Ka Siong

Presiden MCA berkata cadangan untuk menyertai PN itu wujud, namun masyarakat Cina masih menolak PAS

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – MCA mengakui menerima cadangan supaya parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN), namun Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan langkah itu sukar dipertimbangkan selagi PAS tidak melakukan pembaharuan menjadi parti lebih sederhana.

Menurutnya, sentimen dalam kalangan masyarakat Cina masih jelas — mereka menolak PAS, terutama selepas beberapa kenyataan kontroversi pemimpin parti itu yang didakwa menyinggung sensitiviti bukan Islam.

“Ada yang mencadangkan kita menyertai PN, tetapi masyarakat Cina sekian lama tidak mempunyai pandangan positif terhadap PAS, malah menolak parti itu.

“Sentimen ini semakin mendalam selepas PAS memutuskan hubungan sepenuhnya dengan DAP 10 tahun lalu, menjadikan pengundi Cina lebih sukar menerima PAS,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA.

Wee menegaskan, hanya jika PAS melakukan pembaharuan dan menjadi lebih moderat serta diterima masyarakat majmuk, barulah MCA boleh mempertimbangkan sebarang kerjasama politik ke arah itu.

Dalam ucapannya, beliau turut memberi peringatan bahawa MCA akan menilai semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya UMNO terus cenderung bekerjasama dengan parti luar, khususnya DAP.

“MCA tidak akan berdiam diri. Kita akan membuat keputusan terbaik demi kepentingan parti.

“Pendirian MCA amat jelas — tiada DAP. Jika UMNO terus memilih kerjasama di luar BN, terutama dengan DAP sehingga semangat BN hilang makna, MCA tidak akan berdiam diri,” katanya. – 7 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related