HEADLINES

PM sudah ada senarai nama untuk rombakan Kabinet, masih terbuka untuk pandangan

Perdana Menteri bagaimanapun masih terbuka untuk mendapatkan padangan pihak lain

4:30 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah mempunyai senarai nama untuk rombakan Kabinet yang akan datang dan membayangkannya sebagai rombakan kecil.

Bagaimanapun Perdana Menteri memberitahu, beliau masih terbuka untuk mendapatkan pandangan daripada pihak lain.

“Mengisi kekosongan … ia menyebabkan rombakan kecil”.

Senarai itu, katanya, akan dirujuk bersama ketua parti politik yang membentuk Kerajaan Madani sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“”Saya sedang memikirkannya. Saya tidak terburu-buru dan saya perlu berfikir selepas mendengar (nasihat daripada pemimpin parti). Saya belum lagi membincangkan perkara ini dengan semua pemimpin parti. Sudah tentu keputusan muktamad ialah prerogatif saya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dan sesi tandatangan buku terbarunya, “Rethinking Ourselves” di Tsutaya Bookstores, Pavilion Bukit Jalil, hari ini.

Setiap sen royalti buku berkenaan akan disumbangkan kepada pelajar miskin seluruh negara.

Anwar turut menekankan bahawa beliau tidak tergesa-gesa membuat keputusan, walaupun ia merupakan prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri.

Mengenai gesaan MCA supaya Fadhlina Sidek diigugurkan daripada Kabinet, Perdana Menteri bagaimanapun menjelaskan pihaknya berterima kasih atas cadangan berkenaan.

“Terima kasih atas pandangan MCA, tetapi tidak mengapalah kerana ini ialah pandangan mereka,” kata beliau.

Ketika ini terdapat empat kekosongan dalam Kabinet, dengan portfolio tersebut diuruskan sementara oleh menteri lain.

Jawatan yang kosong ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. – 7 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related