◉ HEADLINES

Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetapkan pada 5 Februari

Pendengaran yang sepatutnya ditetapkan pada 4 Dis terpaksa dijadualkan semula kerana Mohd Isa, 75, dimasukkan ke hospital

7:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah telah dijadualkan semula kepada 5 Februari tahun depan di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berkata tarikh baharu itu ditetapkan semasa pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof hari ini.

Beliau memberitahu Bernama bahawa tarikh pendengaran yang sepatutnya ditetapkan pada 4 Disember terpaksa dijadualkan semula kerana Mohd Isa, 75, dimasukkan ke hospital.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 7 Mac lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Mohd Isa atas pertuduhan terbabit.

Pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan petisyen rayuan pada 26 Jun dengan 24 alasan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta ketika melepaskan dan membebaskan Mohd Isa daripada semua pertuduhan.

Pada 6 Mac tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Mohd Isa selepas membenarkan rayuannya.

Panel itu sebulat suara mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta yang dijatuhkan kepada Mohd Isa.

Mahkamah Rayuan juga membatalkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 yang mendapati Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Dis 2015.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.

Bayaran itu dibuat sebagai tanda terima kasih kerana meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd pada harga RM160 juta.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21(1) akta sama, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – 8 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

MRCB stadium suit: Abdul Razak silenced, Hunter faces trial in absentia

Activist Abdul Razak bound by consent judgment in MRCB’s stadium redevelopment suit, permanently restrained from repeating allegations, while blogger Murray Hunter faces trial in absentia with judgment set for July 17

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

Police to summon Zamri Vinoth over alleged threatening, racist remarks

This following a police report lodged against the remarks purportedly made during a TikTok live broadcast

◉ Related