HEADLINES

Pengasas Seni Malaya dan bekas wartawan Astro Awani, Irwan meninggal dunia

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas portal berita seni, Seni Malaya yang juga bekas wartawan kanan Astro Awani, Irwan Muhammad Zain, 52, meninggal dunia di Hospital Cyberjaya, hari ini.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

Menurut laporan media, Irwan dikatakan mengalami sakit dada dan sukar tidur, beberapa hari sebelum kematiannya.

Sepanjang kerjayanya, Irwan, yang berdedikasi dalam bidang kewartawanan dan Allahyarham diingati sebagai seorang yang mudah didekati dan berperwatakan mesra.

Allahyarham sebelum ini banyak menghasilkan laporan penting termasuk liputan pilihan raya, dasar kerajaan dan perkembangan politik tanah air.

Pada tahun 2023, beliau menubuhkan Seni Malaya, sebuah portal berita seni yang memberi fokus kepada seni visual, persembahan, filem, muzik dan sastera, sekali gus memperluas sumbangannya kepada dunia budaya dan kreatif negara.

Pada November lalu, Seni Malaya telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Pusat Seni Qiudi yang berpusat di Xiamen.

Kerjasama itu menumpukan tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu Program Residensi Seniman Muda China–Malaysia (bermula 2026), Platform Seni Belia Asia Tenggara dan Sokongan Seniman. – 11 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

The soul of architecture cannot be coded, replaced by AI: experts

While Artificial Intelligence saves time, they said creativity and intention must come from humans

Johor polls: Cops receive 90 reports during campaign period, no candidates implicated

IGP Mohd Khalid says 25 investigation papers opened over incidents including damage, removal and burning of party flags

Related