HEADLINES

Parlimen Thailand bubar, pilihan raya umum dipercepat

Titah Diraja sahkan langkah drastik Anutin itu ketika tekanan politik dan keselamatan memuncak

11:53 AM MYT

 

BANGKOK — Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mengejutkan landskap politik negara itu hari ini apabila membubarkan Parlimen hanya tiga bulan selepas mengambil alih jawatan, sekali gus memaksa pilihan raya umum diadakan lebih awal daripada jadual.

Pembubaran mengejut itu diumumkan melalui Titah Diraja yang disiarkan dalam Warta Diraja, ketika Thailand sedang bergolak dengan pertempuran baharu di sempadan Kemboja yang telah meragut lebih 20 nyawa dan memaksa lebih 600,000 penduduk melarikan diri.

Anutin, pemimpin parti konservatif Bhumjaithai, mengambil alih jawatan pada September selepas pendahulunya disingkirkan mahkamah atas pelanggaran etika. Beliau sebelum ini berjanji membubarkan Parlimen menjelang 2026, namun langkah drastik hari ini mempercepatkan perebutan kuasa politik negara itu.

Menurut Warta Diraja, kerajaan minoriti pimpinan Anutin kini “tidak mampu mentadbir secara stabil dan berkesan” di tengah tekanan politik dan keselamatan yang semakin memuncak.

“Penyelesaian yang sesuai adalah membubarkan Dewan Perwakilan dan mengadakan pilihan raya umum baharu,” menurut kenyataan itu.

Langkah ini dijangka membuka gelanggang politik yang lebih sengit, dengan Thailand kini berdepan krisis sempadan, ketidakstabilan dalaman dan tekanan terhadap kepimpinan Anutin sendiri. – 12 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related