◉ HEADLINES

Umno tiada hubungan langsung dengan DAP : Zahid

Kerjasama itu perlu dilihat dari sudut gabungan ke gabungan, bukan antara parti

4:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno tidak mempunyai hubungan secara terus dengan DAP, sebaliknya kerjasama dalam kerajaan ini hanya melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri, kerjasama itu demi kestabilan kerajaan. dan ia perlu dilihat dari sudut gabungan ke gabungan, bukan antara parti memandangkan MCA merupakan parti komponen dalam BN dan DAP pula parti komponan dalam PH.

“Perkara ini boleh diselesaikan dan kesefahaman dapat dicapai,’’ katanya, lapor media.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, parti itu akan menentukan hala tuju sendiri jika mana-mana parti komponan BN bekerjasama dengan DAP.

Ia susulan Perhimpunan Agung Tahunan MCA pada 7 Disember lepas yang meluluskan resolusi menolak kerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Menurut Zahid, keutamaan buat pada masa sekarang adalah rasionaliti politik khususnya apabila PRU-16 akan diumumkan.

Jelasnya, isu berhubung kerjasama tersebut akan diserahkan kepada kepimpinan tertinggi BN dan PH untuk ditangani secara bersama, katanya.- 15 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related