HEADLINES

Rombakan Kabinet ikut kesesuaian portfolio, pengalaman – Fahmi

Fahmi menyifatkan pertukaran portfolio Hannah Yeoh sebagai pilihan tepat dengan mengambil kira pengalamannya sebagai Ahli Parlimen Segambut

6:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, melibatkan beberapa pertukaran portfolio serta lantikan baharu, sebagai langkah tepat berdasarkan pengalaman serta kesesuaian individu terlibat.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata perkara itu, antaranya, dapat dilihat menerusi pertukaran portfolio Hannah Yeoh daripada Menteri Belia dan Sukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), yang disifatkan sebagai pilihan tepat dengan mengambil kira pengalamannya sebagai Ahli Parlimen Segambut serta penglibatan aktif memperjuangkan isu rakyat di ibu kota.

“Saya mempunyai banyak pengalaman peribadi bersama Yang Berhormat Hannah Yeoh dalam memperjuangkan beberapa perkara untuk rakyat, pengundi dan penduduk di Kuala Lumpur.

“Sudah pasti antara keutamaan beliau ialah pembangunan yang mampan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Biasiswa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di sini hari ini.

Fahmi juga berkata pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari, sebagai Menteri Belia dan Sukan adalah bersesuaian memandangkan penglibatan aktif serta idea-idea beliau dalam kalangan belia dan pembangunan sukan.

“Saya lihat portfolio Belia dan Sukan itu sangat cocok. Beliau (Dr Mohammed Taufiq) sangat aktif dan mempunyai banyak idea yang boleh diterjemahkan bagi memastikan belia dan sukan negara terus cemerlang,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi merakamkan penghargaan kepada semua menteri dan timbalan menteri yang telah berkhidmat sebelum rombakan Jemaah Menteri yang diumumkan hari ini.

“Saya mendoakan agar mereka dapat terus berkhidmat dalam apa jua kapasiti. Sudah pasti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan meneliti kaedah terbaik untuk rakan-rakan ini meneruskan sumbangan bakti kepada negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata mesyuarat pertama Jemaah Menteri selepas rombakan Kabinet itu dijangka berlangsung esok, manakala sidang media pasca Kabinet dijangka diadakan pada 2.30 petang, Khamis ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio dalam Kabinet Kerajaan Madani, berikutan kekosongan dalam Jemaah Menteri dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian. – 16 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related