◉ HEADLINES

Cucu mengamuk sebelum tikam nenek, tetak moyang di Baling

Polis berkata suspek adalah seorang orang kurang upaya (OKU) intelektual disyaki mengamuk dan menyerang si mati dan mangsa dengan senjata tajam

8:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang nenek maut selepas ditikam cucu lelaki yang dipercayai mengamuk di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Brandon Richard Joe, berkata suspek berusia 21 tahun yang turut menetak moyangnya sehingga cedera parah itu berjaya ditahan pada jam 7.50 malam tadi untuk membantu siasatan.

Difahamkan suspek dibawa oleh orang awam ke balai polis berhampiran sejurus selepas kejadian.

“Suspek adalah cucu kepada mangsa berusia 65 tahun yang meninggal dunia manakala mangsa yang cedera pula berusia 80 tahun adalah ibu kepada si mati.

“Suspek adalah seorang orang kurang upaya (OKU) intelektual disyaki mengamuk dan menyerang si mati dan mangsa dengan senjata tajam,” katanya dalam satu kenyataan.

Brandon berkata, senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu sudah ditemui.

Siasatan mendapati, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mengaku menikam serta menetak nenek dan moyang di tempat kejadian.

“Lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini untuk permohonan reman.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan. – 17 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related