◉ HEADLINES

Kabinet Madani umpama hidangan tanpa sempadan halal haram: Abdul Hadi

Presiden PAS kaitkan politik campuran dengan makanan yang boleh membawa “penyakit” jika ramuan salah

9:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menyifatkan barisan Jemaah Menteri pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesuatu yang “syubhah” atau meragukan.

Turut mengibaratkan kerajaan Madani umpama makanan atau minuman yang tiada sempadan halal dan haram, ahli Parlimen Marang itu menyeru Melayu Islam dan bebas menilai sendiri hidangan politik yang disajikan.

“Kepada Melayu Islam, sila tepuk dada tanya iman, dan kepada Melayu yang bebas pula, sila tepuk dada tanya selera,” katanya.

Bagi Abdul Hadi, analogi makanan bukan sekadar kiasan. Ia menggambarkan bagaimana gabungan politik yang dianggapnya liberal sekular boleh menghilangkan ciri bangsa dan fitrah manusia. “PAS berserta kumpulan Melayu Islam dan bukan Melayu Islam tetap tidak berminat dengan hidangan yang begitu rupa kerana tidak ada sempadan halal dan haram, bahkan menjadi syubhah dan keliru hukumnya,” ujarnya.

Beliau menambah, pendekatan Malaysia Madani itu diibaratkan seperti konsep agama Abraham yang dibawa Donald Trump — menyatukan agama berbeza akidahnya. “Islam tidak boleh memaksa seseorang dalam anutannya, namun penganut sebenar tetap teguh beristiqamah berjalan di atas sempadan halal, haram, atau syubhah yang digariskan Allah,” katanya lagi.

Dalam tulisannya di kolum Minda Presiden, Abdul Hadi turut mengingatkan bahawa campuran politik yang salah boleh membawa penyakit kepada masyarakat, sama seperti makanan yang tidak serasi ramuan.

“Kalau makanan yang salah campurannya akan menjadi masalah kepada perut yang diisi, akhirnya menyebabkan berbagai-bagai penyakit yang menimpa jasad dan akal,” jelasnya.

Beliau mengaitkan pengalaman PAS bersama Pakatan Rakyat dahulu, yang menurutnya berlandaskan titik persamaan kemanusiaan semata-mata.

“Perpisahan berlaku apabila terjadi pertembungan dalam aspek kenegaraan Islam yang memaksa PAS menerima kehendak pihak lain sehingga meninggalkan dasar asasinya,” katanya.

Abdul Hadi menutup dengan amaran keras: “PAS dapat menyaksikan kini betapa pengaruh campuran yang salah berlaku dalam masyarakat… sehingga lebih menjaga keselamatan anjing gila yang berbahaya daripada mengutamakan keselamatan manusia. Kalau dibiarkan, nescaya akibatnya sangat buruk kepada negara dan rakyat.” – 21 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related