HEADLINES

Ekonomi Malaysia kekal daya tahan pada 2025, di sebalik perang tarif, geopolitik: Amir Hamzah

Amir Hamzah turut mengingatkan daya saing itu memerlukan pembaharuan secara berterusan berbanding sikap berasa terlalu selesa

11:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya mengekalkan daya tahan ekonominya pada 2025, disokong oleh dasar perdagangan yang terbuka dan berkecuali walaupun dalam realiti perang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta ketidaktentuan geopolitik.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagaimanapun turut mengingatkan daya saing itu memerlukan pembaharuan secara berterusan berbanding sikap berasa terlalu selesa.

“Sewaktu saya menggalas tanggungjawab ini pada Disember 2023, defisit fiskal Malaysia adalah 5.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Hari ini, ia dijangka turun kepada 3.8 peratus bagi 2025 yang selari dengan sasaran 3.5 peratus pada 2026, malah ringgit telah muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia,” katanya, lapor Bernama.

Ketika berkongsi perkara itu menerusi catatan di laman LinkedIn, hari ini, Amir Hamzah memberitahu, kadar pengangguran pula kekal pada paras terendah dalam tempoh sedekad iaitu tiga peratus.

“Kita turut mencapai angka rekod bagi pelaburan langsung asing (FDI) yang memaparkan keyakinan terhadap trajektori Malaysia. Kesemua pencapaian ini adalah hasil daripada pelaksanaan kukuh dalam tiga teras Ekonomi Madani,” katanya.

Beliau juga memberitahu, bagi 2026, kerajaan kekal komited terhadap usaha meningkatkan daya tahan ekonomi dan menumpukan aspek pelaksanaan yang lebih mendalam.

“Kita juga telah membuktikan bahawa Kerangka Ekonomi Madani itu sememangnya berkesan. Apa yang penting pada masa ini adalah mengekalkan momentum itu sambil mengemudi kejutan-kejutan luaran.

“Jelaslah, Malaysia dapat mencapai titik perubahan dalam pemulihan pasca-COVID 19 dan sedang berusaha meraih semula kedudukan sebagai Harimau Asia.

“Banyak lagi yang perlu dibuat dan kita perlu terus tekad untuk bergerak maju dan berpandukan perancangan (yang telah ditetapkan),” katanya. – 26 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related