HEADLINES

Murid sekolah tidak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan

KPM berkata keputusan dibuat atas faktor termasuk iklim panas dan lembap yang menyebabkan pemakaian tali leher setiap hari kurang sesuai dan menjejaskan keselesaan murid

10:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua murid tidak diwajibkan memakai tali leher ke sekolah mulai tahun depan.

Kementerian Pendidikan menegaskan tiada pihak dibenarkan membuat sebarang paksaan atau tekanan terhadap murid berkaitan pemakaian tali leher ini.

Bagaimanapun, menerusi satu surat siaran bertarikh 17 Disember lalu, pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan keputusan permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa.

Perkara ini diputuskan menerusi Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan (MPKPM) Khas Tahun 2025, yang diadakan pada 8 Disember lepas dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad.

“KPM sentiasa prihatin akan keperluan bagi ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan baharu,’’ kata kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasmi kementerian.

Menurut KPM, keputusan itu dibuat bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi keperluan anak-anak dan dasar tersebut diputuskan hasil penelitian terhadap keperluan semasa murid.

“Ia berdasarkan faktor seperti iklim tempatan yang panas dan lembap menyebabkan pemakaian tali leher setiap hari kurang sesuai dan menjejaskan keselesaan murid.

“Ia juga keprihatinan KPM dalam usaha menangani beban kewangan isi rumah,’’ katanya.

Menurut kenyataan berkenaan, perkara itu berkuat kuasa serta-merta mulai tarikh surat siaran tersebut dikeluarkan. – 30 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related