HEADLINES

Pemuda PAS Selangor gesa PAS putuskan hubungan dengan Bersatu

Ketua Pemuda PAS Selangor berkata dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Bersatu, hubungan berkenaan tidak akan membawa ke mana-mana

9:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Selangor meminta parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu bagi membolehkan PAS terus bergerak ke hadapan dengan membawa gabungan yang lebih ramai.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, dengan pengkhianatan yang berlaku itu, hubungan berkenaan tidak akan membawa ke mana-mana.

Beliau turut menyarankan satu parti gabungan politik Melayu yang lebih kuat serta stabil perlu ditubuhkan dan bersedia untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) bersama dengan Umno.

Apa yang penting, katanya, ialah memberi perhatian kepada orang Melayu-Islam dan rakyat secara keseluruhannya.

“PAS tidak pernah berubah dasar dan perjuangan. Setiap pakatan politik yang kita bersama senantiasa mengkhianati kita (dan) senantiasa mengambil kesempatan kepada kita, jadi kita perlu bertindak.

“Kita tidak boleh biarkan (pengkhianatan) di depan sana, kemaslahan rakyat menjadi keutamaan.

“Jika kita terus biarkan keadaan ini berlaku saya yakin gerak kerja kita untuk memenangi pilihan raya yang akan datang terbantut,’’ katanya dalam klip video di Facebooknya.

Justeru, Mohamed Sukri berkata, jika Umno bersedia untuk membina semula Muafakat Nasional, Pemuda PAS menyahutnya malah nama kerjasama tersebut boleh ditukar kepada nama lain.

“Pendirian saya adalah gabungan ataupun politik Melayu mesti dilakukan sekarang. Kebetulan kita nak masuk tahun baru, gabungan politik Melayu mesti digabungkan dalam satu gabungan yang lebih kuat dan stabil.

“Oleh itu sama ada Umno ataupun mana-mana pihak, kita mesti bentuk kerjasama bersama untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang,’’ katanya.

Mohamed Sukri turut menasihatkan penyokong PAS supaya terus konsisten menyokong parti berkenaan walau dalam apa juga gabungan.

“Apa yang lebih penting ialah melihat lihat betapa kita konsisten membawa perjuangan rakyat dalam apa jua keadaan,’’ katanya. – 31 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related