HEADLINES

SPRM siasat tender perolehan RM58.45 juta UKM, tumpu aspek ketidakpatuhan prosedur

Siasatan tatakelola itu dilaksanakan bagi meneliti sama ada wujud sebarang aspek ketidakpatuhan dan kelemahan prosedur

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan siasatan tatakelola terhadap tender Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta bagi meneliti sama ada terdapat aspek melibatkan ketidakpatuhan dan kelemahan prosedur.

Pengarah Bahagian Siasatan Tadbir Urus SPRM, Datuk Mohd Zaki Hassan berkata, ia bagi menentukan sama ada wujud kecuaian seperti yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada 21 Julai lalu.

Tambahnya, satu fail penyiasatan tatakelola berhubung kes itu telah dibuka

“Buat masa ini siasatan kes masih dijalankan.

“Ini bagi mengenal pasti sekiranya wujud kelemahan atau ketidakpatuhan sebagaimana Laporan ketua Audit Negara (LKAN) pada 21 Julai lalu yang mendedahkan tiga daripada tujuh tender perolehan UKM keseluruhan berjumlah RM58.45 juta didapati tidak mematuhi prosedur perolehan yang ditetapkan,” katanya, lapor media tempatan.

Pada November lalu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zainul Darus, berkata pihaknya sudah memanggil lima individu untuk diambil keterangan berhubung siasatan perolehan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta.

Ia susulan laporan LKAN pada Julai 2025 yang mendedahkan tiga daripada tujuh tender perolehan UKM berjumlah keseluruhan RM58.45 juta didapati tidak mematuhi prosedur perolehan yang ditetapkan.

Laporan itu berkata, Jawatankuasa Perolehan Tender UKM telah memilih syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaian Kewangan dan Jawatankuasa Pra-Tender.

“Terdapat ketidakteraturan yang serius serta kelemahan dalam proses perolehan tender dan tatakelola pengurusan perolehan di UKM. Keputusan Jawatankuasa Perolehan Tender dibuat oleh semua ahli secara kolektif.

“Ini termasuk Jawatankuasa Pra-Tender yang memperakukan syarikat yang gagal di peringkat Jawatankuasa Penilaian Tender bagi kerja menaik taraf dan penggantian 16 unit lif,” kata laporan itu.

LKAN turut menyatakan Naib Canselor, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perolehan, bertanggungjawab memastikan operasi universiti dan tadbir urus perolehan berjalan dengan teratur, selaras dengan subseksyen 12(3) Perlembagaan UKM serta prinsip ‘duty of care’.

UKM juga didapati tidak melantik wakil Kementerian Kewangan (MoF) sebagai ahli Jawatankuasa Perolehan, manakala wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dilantik tidak hadir dalam mesyuarat berkaitan tiga tender tersebut. – 1 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related