HEADLINES

Tinggalkan kerajaan perpaduan hanya jadikan Umno ‘parti pembangkang kecil’

Pemimpin akar umbi Pemuda Umno menghentam gesaan Akmal untuk keluar daripada kerajaan perpaduan, dakwa MN hanya menguntungkan PAS

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemimpin akar umbi Pemuda Umno lantang menolak gesaan ketuanya, Datuk Dr Akmal Saleh, agar parti itu keluar daripada kerajaan perpaduan untuk kembali bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

Ketua Penerangan Pemuda Umno Jeli, Wan Mahussin Wan Zain menegaskan langkah tersebut bukan sahaja gagal menguatkan Umno dan menyelamatkan Melayu, malah akan terus melemahkan pengaruh parti keramat itu.

Beliau mempersoalkan jaminan yang boleh diberi PAS sekiranya Umno kembali bergabung, sambil mengingatkan risiko mengulangi kesilapan lalu.

“Siapa tak suka penyatuan bangsa, siapa tak suka tengok orang Islam duduk bersama. Tapi persoalannya, selama ini Umno bertanding lawan PAS. Umno tidak pernah lawan DAP.

“Sama juga dengan PAS, kolam kita sama. Undi PAS ada dalam Umno, undi Umno ada dalam PAS. Tapi kita letakkan kesalahan pada DAP, bagi saya ini tidak adil,” katanya dalam muat naik video di Facebook.

Semalam, Akmal secara terbuka menyeru kepimpinan tertinggi Umno menerima PAS sebagai sekutu baharu dan tidak gentar untuk kembali menjadi pembangkang. Seruan itu menyusuli gesaan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang mahu menghidupkan semula MN menjelang PRU akan datang.

Minggu lalu, Sanusi menekankan hubungan PAS–Umno penting bagi kestabilan politik, terutama di peringkat akar umbi. Idea itu turut disuarakan berulang kali oleh pemimpin PAS lain.

Namun, Wan Mahussin menegaskan pengalaman lalu membuktikan kerjasama dengan PAS hanya merugikan Umno.

“Umno pernah berada dalam MN 1.0 ketika semua parti belum memegang jawatan. Tapi bila PAS dapat kuasa, dia pilih Bersatu. Akhirnya siapa yang rugi? Umno,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa meninggalkan kerajaan perpaduan demi MN akan menjadikan Umno sebuah parti pembangkang kecil tanpa peranan strategik.

“Dakwaan keluar kerajaan mampu menjatuhkan DAP tidak berasas. Sebaliknya ia hanya mengosongkan ruang kuasa Melayu dan melemahkan Umno,” katanya. – 4 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related