HEADLINES

Pemisahan kuasa pendakwa raya – Peguam Negara, RUU had tempoh jawatan PM akan dibentang di Parlimen : Anwar

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemisahan kuasa pendakwa raya dan Peguam Negara adalah undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen, bermula 19 Januari ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Perdana Menteri dalam perutusan Amanat Tahun Baharu berkata, Rang Undang-Undang had tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan juga pada sesi Parlimen ini.

Ia akan menetapkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh.

RUU berkenaan, ujar beliau, merupakan sebahagian langkah pembaharuan institusi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Semua jawatan mempunyai had tempoh. KSN (Ketua Setiausaha Negara) pun tidak boleh menjawat lebih daripada sepuluh tahun, dan prinsip yang sama terpakai kepada semua.

“Sekiranya seseorang diberikan tempoh tertentu dan berjaya melaksanakan tanggungjawab, selepas itu adalah wajar menyerahkan kepada generasi seterusnya.

“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu, kita akan membentangkan RUU yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” katanya.

Hadkan jawatan Perdana Menteri selama dua penggal adalah bertepatan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Selain itu, perundangan lain melibatkan RUU Ombudsman bermatlamat memberikan mandat lebih luas bagi memperkukuh integriti dan ketelusan sektor awam negara. 

“Pada masa sama, RUU yang akan dibentangkan ialah berkaitan Kebebasan Maklumat (FOI). Saya beri jaminan, soal keselamatan negara dan risikan tentunya memerlukan pengecualian.

“Namun, bagi perkara lain seperti tender projek dan pencegahan penyalahgunaan kuasa, RUU Kebebasan Maklumat akan dibentangkan untuk kelulusan Parlimen sesi ini atau sesi akan datang, dan dijangka diluluskan tahun ini juga,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan dengan mandat lebih luas bagi memperkukuh integriti dan ketelusan sektor awam negara.

Keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Negara (JKKTN) 2025 yang dipengerusikan Anwar pada 8 Disember lepas.- 5 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related