HEADLINES

Azalina pertikai kaji selidik Akmal ‘1,800 orang mahu Umno keluar Kerajaan Perpaduan’

Azalina turut mempersoalkan sama ada kaji selidik yang didakwa dibuat oleh pihak Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh itu melibatkan wakil rakyat atau ahli biasa

5:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said mempertikaikan mengenai kaji selidik terhadap 1,800 orang yang mahukan Umno keluar dari Kerajaan Perpaduan dan bekerjasama dengan PAS.

Azalina turut mempersoalkan sama ada kaji selidik yang didakwa dibuat oleh pihak Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh itu melibatkan wakil rakyat atau ahli biasa.

“Tapi yang saya pelik tu, 1,800 survei dia buat kan? Saya tak tahu dia survei wakil rakyat ke dia survei ahli biasa. Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) dengan Ahli Parlimen BN, tak tahu dia dah survei ke tidak, saya tak tahu,’’ katanya, lapor media tempatan.

Malah Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menyifatkan pandangan Akmal sebagai pandangan peribadi.

“Tunggulah pukul 4 petang nanti (mesyuarat Biro Politik Umno),” katanya.

Beliau memberitahu, sebarang cadangan berhubung kedudukan Umno dalam Kerajaan Perpaduan serta kerjasama dengan PAS perlu disalurkan menggunakan proses yang betul menerusi perbincangan khususnya biro politik dan perhimpunan agung Umno (PAU).

“Orang kalau nak bercerai ataupun nak nikah balik mesti ada masa iddah. Tak kan nak cakap hari ini nak cerai semalam dah lafaz. Tak boleh la macam tu. Nak bercerai cakap betul-betul.

“Bagi saya, Umno sejak 1946 telah melalui bermacam cabaran dan Insya-Allah kepimpinan dalam Umno mempunyai kebijaksanaan mereka sendiri dan bermula biro politik kemudian kita ada PAU minggu depan.

“Umno selalu bermusyawarah walaupun ahli Umno tak semua nampak alim tetapi ada budaya Melayu dan Islam kita pakai,” katanya.

Pada Sabtu, Akmal berkata Pemuda Umno akan mencadangkan supaya parti itu meninggalkan kerajaan perpaduan dan sebaliknya bekerjasama dengan PAS bagi membentuk apa yang digambarkannya sebagai “pembangkang yang bermaruah,”.

Akmal turut menekankan bahawa itu tidak bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.

Beliau berkata cadangan itu, yang dikemukakan pada konvensyen khas Pemuda Umno yang dihadiri kira-kira 1,500 perwakilan, akan dibawa ke Majlis Tertinggi Umno dan kemudian ke perhimpunan agung sebagai satu resolusi.

Sebelum ini, Akmal dan pemimpin PAS saling bertukar kenyataan di media sosial mengenai kemungkinan pembentukan Muafakat Nasional 2.0, walaupun sehingga kini belum ada sebarang pertemuan rasmi antara kedua-dua parti tersebut. – 5 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Related