HEADLINES

MyDigital ID jadi platform log masuk tunggal MyNIISe bermula 15 Jan: KDN

KDN memaklumkan bagi pengguna warga asing kaedah log masuk sedia ada ke aplikasi MyNIISe akan terus digunakan tanpa sebarang perubahan

4:15 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan penggunaan MyDigital ID sebagai platform log masuk tunggal bagi rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi mudah alih Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bermula 15 Jan ini.

Dalam kenyataan media hari ini, KDN memaklumkan bagi pengguna warga asing kaedah log masuk sedia ada ke aplikasi MyNIISe akan terus digunakan tanpa sebarang perubahan.

Menurut KDN, pelaksanaan MyDigital ID sebagai sistem log masuk tunggal merupakan sebahagian daripada inisiatif pelaksanaan NIISe yang bertujuan mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan selamat melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara tanpa menyimpan data peribadi pengguna.

“Pendekatan ini meningkatkan keselamatan transaksi digital serta memudahkan pengalaman pengguna melalui satu log masuk tunggal tanpa perlu mengingati pelbagai kata laluan,” menurut kenyataan itu.

KDN turut menyarankan rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk memuat turun serta mendaftar aplikasi MyDigital ID yang boleh didapati di gedung aplikasi seperti Apple App Store, Google Play dan Huawei Gallery sebelum menggunakan MyNIISe.

Aplikasi MyNIISe mula digunakan pada 22 Sept lepas di pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor dan akan diperluaskan secara berperingkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA Terminal 1 dan 2, Bayan Lepas, Kuching serta Kota Kinabalu.

Hingga 30 Dis lepas, MyNIISe mencatatkan 599,967 muat turun dengan 287,258 pengguna berdaftar.

KDN memaklumkan pelaksanaan MyDigital ID dalam MyNIISe mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memodenkan perkhidmatan awam melalui pendigitalan yang selamat, cekap dan berfokuskan rakyat, demi meningkatkan kepercayaan serta keselesaan pengguna dalam urusan keimigresenan negara. – 6 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related