◉ HEADLINES

Pemuda PAS Selangor gesa PAS ambil alih kerusi Dun Gombak Setia dari Bersatu

PAS mempunyai ramai calon berintegriti serta berakhlak untuk bertanding di DUN Gombak Setia, milik Bersatu

5:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS wajib bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia pada pilihan raya akan datang, kata Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar, meskipun kerusi DUN itu disandang Muhammad Hilman Idham dari Bersatu.

Mohamed Sukri berkata, PAS mempunyai ramai calon berintegriti serta berakhlak untuk diketengahkan di DUN berkenaan.

“Insya-Allah Pemuda PAS Selangor siap siaga membantu. PAS mempunyai ramai calon berintegriti serta berakhlak untuk di ketengahkan. Are you ready,’’ demikian soal Mohamed Sukri menerusi hantaran di Facebooknya.

Muhammad Hilman Idham. – Gambar fail Scoop, 12 Januari, 2026

Mohamed Sukri berkata demikian susulan kenyataan Hilman, yang juga Ketua Armada Bersatu, yang dilaporkan meminta supaya semua parti komponen PN diberikan ruang untuk membuat ketetapan masing-masing terlebih dahulu sebelum keputusan dimuktamad dalam MT gabungan berkenaan.

Hilman juga berkata, mesyuarat MT PN yang bakal diadakan itu akan membincangkan peletakan jawatan bekas Pengerusi PN iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun proses dalam setiap parti perlu dihormati.

Ia susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) PN diadakan susulan peletakan Muhyiddin berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Hadi berkata bagi tujuan kelansungan pentadbiran PN, beliau sebagai Timbalan Pengerusi PN berpandangan mesyuarat tergempar itu hendaklah disegerakan bagi memenuhi keperluan Fasal 8.3 (I) (b) Perlembagaan PN.

Susulan itu, Mohamed Sukri menemplak Hilman supaya tidak perlu mengajar Hadi mengenai mesyuarat PN.

“Beliau antara pengasas dan MT PN, kamu? Pengalaman politi beliau jauh berbanding kamu,’’ katanya. – 12 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Turning criticism into strength: TMJ on surviving smear campaigns and public scrutiny

Johor’s Crown Prince, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, shares his perspective on handling public criticism, smear campaigns, and the challenges of leadership, emphasising resilience, faith, and inner strength as keys to rising above negativity

Electoral delineation: a crucial move to restore balance in Malaysia’s democracy – Martin Vengadesan

The disparity in Malaysia’s parliamentary constituencies highlights the urgent need for reform to ensure fair representation and end malapportionment

Online Safety Act enforces stricter rules, enhances protection for minors online

New law aims to curb harmful content and limit under-16 access on social media, Platforms must implement age verification and safeguard children from digital risks

◉ Related