HEADLINES

MCMC pertimbang heret X ke mahkamah, gagal jamin keselamatan pengguna di Malaysia: Fahmi

Kerajaan pernah mengambil tindakan serupa dengan mengheret Telegram ke mahkamah

10:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap platform X kerana gagal menjamin keselamatan pengguna di Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kerajaan pernah mengambil tindakan serupa dengan mengheret Telegram ke mahkamah.

“Ini pecah berita, berita ini saya maklumkan sekarang, tapi akan disusuli kenyataan MCMC kemudian.

“Ada beberapa fakta, maklumat akan disampaikan oleh pihak MCMC nanti,’’ katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di Shah Alam, hari ini.

Pada Jun 2025, MCMC telah mengambil tindakan tegas terhadap dua saluran di platform Telegram, ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’, yang didapati menyebarkan kandungan memudaratkan serta melanggar peruntukan undang-undang negara.

MCMC telah memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah injunksi interim terhadap kedua-dua saluran tersebut.

Pada 14 November lalu, MCMC memperoleh pengakiman ingkar terhadap individu tidak dikenali bagi ‘Edisi Siasat’ dan Edisi Khas’.

Pada Ahad, MCMC mengarahkan sekatan sementara ke atas akses kepada Grok, alat kecerdasan buatan (AI) dibangunkan oleh xAI dan diintegrasikan ke dalam platform X, susulan penyalahgunaan berulang melibatkan kandungan lucah serta berbahaya.

MCMC memaklumkan sekatan itu berkuat kuasa 11 Januari selepas X Corp. dan xAI LLC gagal melaksanakan langkah teknikal serta kawalan moderasi yang berkesan, meskipun telah diberi teguran dan notis rasmi sebelum ini.

Menurut MCMC, Grok didapati berulang kali disalahgunakan untuk menghasilkan kandungan lucah, eksplisit seksual, tidak senonoh dan keterlaluan, termasuk imej terubah suai tanpa kebenaran membabitkan wanita serta kanak-kanak. – 13 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related