HEADLINES

MCMC lantik peguam cara, prosiding undang-undang ke atas X dalam masa terdekat

MCMC memberitahu notis telah dikeluarkan kepada X Corp. dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lalu yang mengkehendaki penghapusan kandungan menyalahi undang-undang namun tiada tindakan pemulihan diambil

4:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melantik peguam cara bagi tindakan undang-undang terhadap X Corp (dulunya dikenali sebagai Twitter) dan xAI LLC, kerana kegagalan platform itu memastikan keselamatan pengguna di Malaysia berkaitan penggunaan Grok.

Dalam kenyataannya, MCMC memaklumkan tindakan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan prosiding undang-undang akan dimulakan dalam masa terdekat ke atas platform tersebut.

Menurut MCMC, notis telah dikeluarkan kepada X Corp. dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lalu yang mengkehendaki penghapusan kandungan menyalahi undang-undang namun tiada tindakan pemulihan telah diambil.

Beliau memberitahu, MCMC telah mengenal pasti penyalahgunaan Grok untuk menjana dan menyebarkan kandungan berbahaya dan ini termasuk kandungan lucah berunsur seksual secara eksplisit, tidak senonoh, jelik melampau, serta imej manipulasi tanpa persetujuan.

“Kandungan yang didakwa melibatkan wanita dan kanak-kanak, merupakan perkara yang amat membimbangkan dan perlakuan sedemikian menyalahi undang-undang Malaysia serta menjejaskan komitmen keselamatan yang dinyatakan oleh entiti berkenaan.

“X Corp. dan XAI LLC boleh dipertanggungjawabkan walaupun kandungan tersebut dijana oleh pengguna.

“Mereka kekal mempunyai kawalan terhadap reka bentuk, pelaksanaan, mekanisme penyeliaan, serta langkah mitigasi risiko bagi Grok,’’ katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, MCMC sedang meneliti tindakan perundangan terhadap platform X, susulan kegagalan aplikasi kecerdasan buatan (AI) miliknya Grok, mematuhi undang-undang Malaysia berkaitan keselamatan dalam talian.

Fahmi berkata, langkah itu dipertimbangkan berikutan maklum balas yang diterima MCMC daripada pihak X didapati tidak memadai dan bersifat proforma (sekadar mengikuti tata cara yang berlaku).

Dalam pada itu, MCMC memberitahu, tanggungjawab tidak boleh diketepikan apabila perlindungan sistemik gagal berfungsi.

“MCMC mengambil maklum kegagalan X Corp. dan XAI LLC untuk menguatkuasakan dasar serta kawalan dalaman mereka sendiri.

“Kegagalan ini berkemungkinan telah memudahkan berlakunya aktiviti dalam talian yang menyalahi undang-undang di Malaysia,’’ katanya.

MCMC memberitahu, ia kekal komited untuk menegakkan undang-undang Malaysia dan melindungi kepentingan awam.

Jelas MCMC, semua platform digital yang beroperasi di Malaysia atau memberi kesan kepada Malaysia hendaklah mematuhi sepenuhnya semua keperluan undang-undang dan kawal selia yang berkenaan. – 13 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related