HEADLINES

Pasport Malaysia di senarai ke-9 paling berkuasa di dunia, mendahului AS

Tahun lepas Malaysia berada di senarai ke-12, sebelum naik tiga anak tangga tahun ini

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia kini berada di kedudukan kesembilan paling berkuasa di dunia, berada satu tangga di hadapan Amerika Syarikat yang berada di kedudukan kesepuluh.

Senarai berkenaan dikeluarkan oleh Indeks Pasport Henley 2026. Pada 2025, Malaysia dan AS berkongsi kedudukan ke 12, sebelum menyaksikan Malaysia melangkah tiga anak tangga pada tahun ini.

Indeks Pasport Henley menilai tahap kebebasan perjalanan global merangkumi 227 negara dan wilayah, dengan menggunakan data eksklusif daripada International Air Transport Association (IATA).

Indeks ini menilai menilai pasport berdasarkan bilangan destinasi yang boleh dimasuki pemegang pasport tanpa memerlukan visa terlebih dahulu.

Senarai itu diperkuatkan dengan pasukan penyelidik daripada Henley & Partners.

Pemegang Pasport Malaysia boleh ke 180 negara tanpa perlu mendapatkan visa terlebih dahulu.

Malaysia berada di kedudukan ke-12 pada 2024 dan 2025, naik daripada kedudukan ke-14 pada 2023.

Dalam senarai berkenaan, Singapura mengekalkan kedudukan sebagai pasport paling berkuasa di dunia dengan berada di tangga pertama, dengan akses tanpa visa ke 192 daripada 227 negara dan wilayah.

Pasport Singapura kekal tiga tahun berturut-turut sejak 2024 diiktiraf sebagai pasport paling berkuasa di dunia.

Di kedudukan kedua ialah dua negara Asia iaitu Jepun dan Korea Selatan yang berkongsi tempat berkenaan dengan bebas akses ke 188 negara.

Negara Eropah menyumbang sebahagian besar daripada 10 kedudukan teratas dengan Denmark, Luxembourg, Sepanyol, Sweden, dan Switzerland berkongsi kedudukan ketiga, diikuti oleh sekumpulan besar negara Eropah di kedudukan keempat.

Hungary, Portugal, Slovakia, Slovenia, dan Emiriah Arab Bersatu menduduki kedudukan kelima. – 14 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related