HEADLINES

Zahid buka pintu pada Ahli Parlimen Bersatu kembali ke Umno: Puad

Mereka dialu-alukan menyertai semula Umno dan ia tidak mustahil apatah lagi ketika Muhyiddin hilang kawalan dalam Bersatu, kata Puad

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad membuka peluang kepada Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang berasal dari Umno tetapi melompat parti, untuk kembali ke pangkuan parti tersebut.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk  Mohd Puad Zarkashi, perkara itu dinyatakan Zahid semasa sesi taklimat semalam di mana Ahli-Ahli Parlimen itu dialu-alukan untuk kembali ke pangkuan Umno.

“Dalam taklimat Presiden Umno semalam ada portal keliru dengan apa yang dimaksudkan membuka dan menutup pintu Umno.

“Mereka ini dialu alukan kembali ke pangkuan Umno. Tetapi mestilah ada benda yang mesti dipersetujui bersama.

“Itu maksud pintu tidak dibuka seluas luasnya atau ditutup serapat rapatnya,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini

Beliau memberitahu, perkara itu tidak mustahil disebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang kawalan terhadap Bersatu.

“Kalau itu berlaku, maka peristiwa parti Semangat 46 berulang lagi dan parti itu dibubarkan. 

“Maka tidak mustahil ini berlaku kepada Bersatu. Sebab itu Muhyiddin letak jawatan dalam PN lebih awal dan itu petanda dia hilang kawalan terhadap Bersatu,’’ katanya.

(Dari kiri) Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Ronald Kiandee and Datuk Mas Ermieyati Samsudin. – Gambar fail Scoop, 15 Januari, 2026

Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang berasal dari Umno namun melompat ke Bersatu ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Bersatu ketika ini berdepan dengan kemelut dalaman selepas beberapa ahlinya dipecat termasuk Datuk Wan Saiful Wan Jan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan terbaharu Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Muhyiddin juga kini berdepan tekanan dalaman mengenai kepimpinan dan hala tuju parti tersebut.

Beliau juga telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa 1 Januari lalu. – 15 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related